Bercerita mengenai hijab dan aurat
August 23, 2011 | 2:11 AM | 0 comments
A: kenapa kau tak pakai-pakai tudung lagi sampai sekarang?
B: aku tak sampai seru lagilah..nanti bila sampai seru, aku pakailah! nyibuk je kau ni!
A: aku bukan menyibuk, tapi aku taknak kawan aku ni seksi di dunia seksa di akhirat sebab tak tutup aurat.
B: yela..yela..nanti aku pakai!
tanggal 2 ogos hari jadi si B.
A: sanah helwah weh! moga2 lepas ni sampailah 'seru' untuk kau pakai tudung lepas ni. kita kan da tua?
B: hek'eleh..lekla weh, aku baru 20 tahun! muda agi! nanti dah tua aku taubatlah!
A: aku takut kau tak sempat je nak taubat, malaikat dah tarik nyawa kau, haa~ acena?
B: weh, jgn ah bgi aku takut..isy
si B dan A berjalan-jalan di shopping complex
B: eh, apa hal lah mamat-mamat tue asyik kacau aku? rimas betullah! >< *sambil buat muka masam*
A: eh, diorang watlekwatpeace je tengok aku..xdela pulak nak kacau2 aku? *muka kehairanan*
B: hisssyyy
si B dan A berjalan-jalan di tepi jalan.
blablablabla..
tetiba dua orang peragut datang dari arah bertentangan.
B: woii! jangan amik handbeg akulah!
peragut menendang si B dengan kuat. si A masih lagi panik cuba menjerit meminta tolong.
namun malang sungguh nasib si B apabila hampir setengah jam menahan kesakitan dari luka di kepalanya akibat tendangan peragut tadi.
2 hari selepas si B dihantar ke hospital.
A: kau apa kabar?
B: macamnilah A, dengan kepala berbalut, botak separuh kepala sebab kena bedah.(otak beku di kepala) tangan patah. hmm
A: sabarlah banyak-banyak ea? ingat Allah B.
B: tuela weh, kalaulah aku ikut cakap kau..mesti semua ni tak jadi. kau pun bawak handbeg jugak kan ritu? siap jalan sebelah peragut tue lagi tapi Allah lindung kau. tudung labuh kau tue betul-betul jadi penyelamat kau..
A: tuela hikmahnya memakai tudung labuh B..^.^
B: lepas ni aku nak pakai tudung jugaklah..tapi tak de la sampai tudung labuh macam kau, sebab aku bukannya baik sangat macam kau.. :(
A: tak pela, kau selow-selow berubah, aku akan sentiasa ada dengan kau.. ^,^
END
berubah susah kan? tapi menikmati kehebatan perubahan itu sesungguhnya hebat bukan? :')
saat pertama kali kita dilahirkan di dunia, kita diberikan peluang oleh Allah untuk memilih jalan kita. dan sesungguhnya hikmah itu terlalu besar bagi sesiapa yang sentiasa teguh memilih jalan Allah.
tak kisahlah shawl, pashmina, tudung ekin etcetc. asal mengikut syarak dan prinsip islam cukup untuk menonjolkan identiti muslimah.
eeiii..huduhla pakai tudung! panas pulak tu!
mungkin itu apa yang segelintir akan berkata. ya, panas di dunia namun SEJUK di akhirat!
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
jelas sekali hadis di atas menerangkan betapa dasyatnya orang yang tidak menutup auratnya di akhirat kelak?
ya, dunia cuma sementara dan akhirat 'istana' terakhir kita.
kalau contoh anda berhijrah ke luar negara atas sebab untuk menimba ilmu pengetahuan, sebelum akhir semester pasti anda akan memastikan dada anda penuh dengan ilmu untuk menghadapi final exam? dan begitulah sebenarnya boleh digambarkan dunia ini.
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
sesungguhnya, biarlah kata-kata nista itu terkeluar dari masyarakat sekeliling disebabkan perubahanmu menuju Illahi kerana itu sesungguhnya ujian yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya.
selempang, pakai shawl jarang, pakai shawl pendek sungguh buat aku sedih!
anda tau kan itu semua berdosa? kenapa buat jugak?
dan lagi menyedihkan bila ada orang nasihat anda sendiri tak mampu menerimanya.
itu namanya ANGKUH DAN TAKABUR.
ya, apa makna angkuh dan takabur? angkuh bermaksud sombong manakal takabur bererti sombong dan menolak segala kebenaran. itu takabur!
banyak faedah tau tak bila pakai tudung dan antaranya ialah:
-safety
-dihormati
-dipandang tinggi
dan banyak lagi.
'hek'elehh..kalau pakai tudung lepas tu perangai macam haremss buat apa?'
mungkin itu yang akan ucapkan, tapi masalahnya yang anda lihat itu adakah MAJORITI PEMAKAI TUDUNG?
jawapannya tidak bukan?
ia seolah-olah seperti anda melihat seorang wanita yang cantik tapi sangatlah jahat, dan adakah anda melabelkan semua wanita cantik adalah insan yang jahat? tidak bukan?
justeru itu, biarlah Allah sahaja yang menjadi hakim yang agung kerana kita cuma hamba yang kerdil, tak faham hati seseorang pun lagi, kita sama sahaja dengan insan yang lain.
selepas ini, biarlah ramadhan ini menjadi titik permulaan untuk kita bangun membuka lembaran baru sebagai muslimah sebenar dan bukan bersandarkan pada fesyen semata-mata! insya Allah.
credit : tidak di kenal pasti :)





